kecewa...
setiap manusia pasti akan merasai kecewa...
kecewa dalam percintaan, dalam pelajaran, pergaulan, dengan ibu bapa dan pelbagai sebab seseorang itu merasai kecewa...
selalu apabila kita lihat orang yang kecewa ini pasti mereka ini merasa murung, kadang - kadang merasa resah, sedih dan boleh dikatakan ada yang ingin membunuh diri...
sebenarnya tidak salah jika kita merasa kecewa terhadap sesuatu perkara namun kita ingat bagaimana cara kita mengubati kekecewaan tersebut...
apabila kita ingin melakukan sesuatu perkara kerana kecewa, fikirkan dahulu baik dan buruk perbuatan kita ini...
kita perlu ingat bahawa jika kita melakukan sesuatu perkara yang buruk sekalipun seperti mencederakan diri dan menggangu orang lain, ia tidak dapat memperbetulkan atau menambah baik kekecewaan tersebut malah ia sebenarnya dapat menambah masalah yang ada.
sebagai contoh,
apabila kita merasai kekecewaan dalam percintaan kerana orang yang kita sayang memutuskan hubungan dengan kita, pasti kita akan murung, mulalah kita tidak mahu melakukan sesuatu tugasan, jika yang masih belajar pasti akan meninggalkan pelajarannya. kita pun mula tidak mahu makan sehingga kita mengalami sakit - sakit badan. Ini perbutan yang merugikan diri kita sendiri. kita perlu ingat bahawa apa yang kita lakukan itu tidak dapat mendapat perhatian kekasih kita malah kita yang menderita sedangkan si dia seronok di belakang kita. apabila kita kecewa dalam pembelajaran sekalipun, jangan kita berputus asa jangan juga menanam sifat melemahkan diri dan mental kita seperti tidak mahu belajar, mengganggap bahawa belajar itu pun tak guna kearan kegagalan tersebut. sesungguhnya kita perlu ingat jika kita melakukan perkara itu, yang gagal tetap akan gagal juga...
oleh itu bagaimana kita perlu menghadapi rasa kecewa ini???
sebenarnya banyak perkara yang boleh mengubati rasa kecewa ini,
1. kita perlulah sentiasa ingat bahawa apa yang terjadi dalam hidup kita adalah qada dan qadar daripada Allah. Setiap perkara yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah dan adukanlah rasa kecewa kita itu pada Allah. InsyaAllah, Allah pasti akan membantu kita dan menggantikan kekecewaan itu dengan perkara yang lebih baik lagi. Kita perlu ingat perkara baik dan buruk itu datang daripada Allah termasuklah perkara yang mengecewakan kita tersebut namun Allah datangkan perkara tersebut kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita... banyakkanlah berdoa kepadaNya, biarlah kita menangis sekalipun... adukannya kepada yang maha Esa.
2. Sentiasa berfikiran positif dan mengambil iktibar apa yang berlaku terhadap kita. apabila kita merasa kecewa, kita perlu sentiasa berfikiran deangan positif dan menganggap bahawa mungkin ada perkara yang lebih baik akan berlaku dalam hidup kita. selain itu, perkara mengecewakan itu banyak memberikan iktibar kepada kita sebenarnya. masalah itulah kita tahu apa kelemahan kita dan kita akan memperbaikinya pada masa akan datang. Sebagi contoh, apabila kita memasuki sesuatu pertandingan dan kita kalah pada awal pertandingan menyebabkan kita merasa kecewa, tambahan pula kita melihat rakan kita berjaya walhal kita lebih baik daripadanya. hal ini menyebabkan kita akan merasa tidak puas hati dan mula merenggangkan persahabatan tersebut. jangan begitu, masa kekalah itulah kita boleh belajar tentang kelemahan yang ada pada kita malah kita sepatutnya berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut. mungkin apabila kita memperbaiki kelemahan tersebut, kita boleh berjaya pada pertandingan yang lebih hebat dari pertandingan sebelumnya.
sebenarnya banyak perkara yang ingin diluahkan dalam blog ini, namun tiada kesempatan masa....
apapun ubatilah kekecewaan dengan senyuman... sekurang2nya ia dapat memberi sedekah.

No comments:
Post a Comment