Wednesday, 24 February 2016

Pandangan Bebas atau 'Bebas'

Assalamualaikum...

Hari ini mula menulis lagi...

Banyak perkara yang berlaku hari ini... namun biarlah perkara itu berlaku... aku menulis kerana aku bosan dan tak tahu nak buat apa walaupun ada banyak perkara yang perlu aku buat...

Takpalah terus kepada main topik...

Pandangan... hmm... sesuatu luahan yang terlintas dalam fikiran kita apabila diminta atau sukarela untuk menyatakan sesuatu kejadian atau perkara yang kita dengar, lihat atau rasai... banyak pandangan yang kita lihat dalam sektor politik, ekonomi dan sosial malah agama juga tidak terlepas dalam pandangan manusia untuk dibahaskan...

Kadang kala penulisan juga merupakan pandangan manusia itu sendiri.. seperti aku yang tengah menulis ini... pandangan juga ada benar dan ada yang salah mengikut situasi dan tahap pemikiran manusia... namun aku fikir atitude pemikiran manusia juga perlu dilihat... yalah, kita lihat kalau yg suka menghukum memang akan menghukum tanpa soal periksa... kesian mereka yang memberi pandangan yang tidak kena pada manusia jenis ini...

Aku melihat dan berfikir tentang kebebasan meluahkan pendapat dan pandangan sesuatu perkara atau isu... aku melihat seringkali apabila mereka yg memberikan pandangan 'salah' di mata umum, mereka sering menegakkan bahawa mereka bebas untuk memberikan pandangan...

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....

Apabila aku melihat senario ini, aku juga kadang kala bersetuju dengan pendapat mereka melihat kepada 'kebebasan bersuara'... namun aku juga pening, perlu ke kebebasan suara itu ditegakkan walaupun pandangan dan pendapat itu memang salah???

Hmmm... nampaknya aku menghukum lagi kenyataan di atas... hahaha... apabila sesuatu isu terjadi, maka banyak pandangan dan pendapat yang dilontarkan... kadang kala aku melihat orang yang bukan mahir pun memberikan pandangan tersebut seolah2 mereka mahir dalam bidang isu itu... hmmm... mungkin 'idea dari langit' kot...

Namun bagi aku, aku melihat pandangan dan pendapat dalam sesuatu isu aku hormati... cuma untuk membenarkannya, aku perlu meneliti dahulu... lagipun kalau aku tak mahir, aku takkan berbahas, aku akan melihat sesorang yang betul2 pakar membetulkan pandangan dan pendapat tersebut... bagi aku sesuatu pendapat atau pandangan tidak perlu dicemuh... sesuatu pandangan dan pendapat tidak perlulah dihukum seperti seorang pesalah, apa yang paling penting betulkanlah kesalahannya dengan berhikmah kerana batu bertemu batu, mana yang kuat akan teguh yang lemah akan hancur, boleh dilempar dengan batu yang lemah tetapi batu yang lemah akan terkorban, biarlah air yang bertemu batu, walaupun air lemah, ia dapat membuat aliran diatas batu untuk memberi laluan pada dirinya...

Penulisan aku juga adalah pandangan aku... mungkin ia betul, mungkin ia juga salah... namun bagi aku, ada luahan yang aku buatkan utk kepuasan aku... sebarang teguran, nasihat atau makian... apa boleh buat hanya ucapan terima kasih dan maaf sahajalah...

Yang penting dalam sebuah pandangan atau pendapat, selalunya melalui pemikiran... andai kata mendapat sebuah pemikiran, jgn diluahkan dahulu... cuba cari kesahihan pemikiran tersebut... sebab, andaikata pemikiran itu betul, bagi aku ia dianggap bernasib baik... andaikata salah, jika diluahkan boleh mendatangkan pembohongan ataupun fitnah...

Wassalam...

Monday, 22 February 2016

Cinta dan Lupa

Assalamualaikum...

Luahanku yang pertama dalam 2016 ini...

Aku masih ingat waktu dahulu, tahun 2014 bagaimana aku amat mencintai seorang gadis ini... aku menyangka dialah gadis yang dapat menggantikan kekecewaan aku terhadap penantianku terhadap gadis lain yang sia2...

Namun begitu, tidak samapai setahun, aku memutuskan untuk tidak menghubungi dirinya... aku rasa aku mengejar seorang gadis yang sia2... bayangkanlah, semuanya itu sudahku angankan kebahagiaan bersamanya tetapi ia hanyalah sia2... memang kecewa, tetapi apakan daya... aku sebenarnya masih mengejar cintanya... aku tidak tahu pandangannya terhadap diriku... aku menyatakan dialah gadis yang paling comel dalam diriku...

Kini...

Aku tidak menyangka bahawa aku boleh melupakan dirinya... aku juga tidak nampak lagi kecomelan yang aku impikan selama ini terhadap dirinya... aku tersenyum apabila memandang profil wajahnya... tiada lagi rasa kecewa, sakit atau kesedihan yang timbul seperti dahulu...

Kadang kala aku terfikir, memang beginikah pandangan seorang suami terhadap isterinya setelah beberapa tahun perkahwinan... hmm... aku juga melihat seorang suami sudah lupa tentang kecantikan seorang isteri yang dicintai dahulu...

aku juga berfikir, apakah yang menyebabkan ada seorang suami yang masih setia menyintai isterinya sehingga tua... apakah yang dipandang oleh suami tersebut?

Adakah:

1. Kecantikan wanita tersebut yang tidak pernah luntur
2. Kebaikan seorang wanita itu atau
3. Seorang suami yang memang menyintai seorang isteri tanpa sebarang alasan

Aku pun tidak tahu, namun pada hari ini, aku berfikir, siapakah yang menjadi pasangan dalam hidupku... aku merasakan jodohku belum muncul...

Takpalah... aku sekarang ni perlu fokus dalam bidang yang aku ceburi sekarang, perniagaan...

Hai lah Jodoh, dimanamu sekarang...

Thursday, 26 November 2015

Konvokesyen


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah pada hari ini, aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains(Matematik) dengan Pendidikan bersama dengan adik aku yang dianugerahkan Diploma Sains(Matematik). Syukur ke hadrat ilahi, akhirnya aku dapat menghabiskan dunia pembelajaran sepanjang 18 tahun... dimana:
1. 1 tahun di tadika Kemas Kampung Kuantan
2. 6 tahun di sekolah rendah SKBK
3. 7 tahun di sekolah menengah SMK KKB
4. 4 tahun di UPSI

Pelbagai kenangan dan dugaan dalam dunia pembelajaran ini. Sebenarnya di dalam dunia pembelajaran ini, bukan tertumpu kepada subjek dan kelas sahaja... banyak perkara yang berlaku, disitulah aku belajar untuk bersosial, dan mendapatkan pengalaman di luar kelas. Alhamdulillah, semua perkara itu menjadi kenangan dalam hidupku.

Melihat keseronokan dan kegembiraan yang terpancar dalam wajah ibu bapa aku, aku rasa sangat bahagia. bagi aku inilah impian mereka untuk aku menghabiskan dunia pembelajaran ini sehingga aku mendapat ijazah... Dahulu mereka juga ada impian untuk memasuki dunia pembelajaran ini, namun disebabkan faktor kewangan, mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut... kini hasrat mereka, alhamdulillah dapat ditunaikan oleh anak2 mereka.

Bagi aku, aku rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, aku dapat menhabiskan dunia pembelajaran ini... walaupun orang ada berkata, manusia ini masih belajar sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir, namun yang aku maksudkan adalah dunia kelas, rakan dan guru...

Walaupun pada hari konvo ini terdapat insiden yang tidak menarik, namun bagi aku, perkara itu sudah pun berlaku, yang paling penting adalah, perjalanan konvo ini berakhir dengan baik... syukur alhamdulillah...

Selepas tamat konvo ini, aku akan menghadapi dunia pekerjaan, disinilah aku akan mendapat pengalaman, mempraktikkan apa yang aku belajar, menggunakan fikiran kreatif dengan maksima dan membina status diri ini... apapun kegembiraan konvo ini perlu aku nikmati bersama dengan keluarga, saudara mara dan rakan2...

Akhir kalam, Aku ingin mengucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas aturanNya... Terima kasih kepada keluargaku yang banyak memberikan modal fizikal, rohani dan mental kepada diri aku... tidak lupa juga kepada saudar mara, para pengajar dan rakan2 aku yang sanggup bersusah senang bersama diri ini...

"NIKMATILAH KONVO INI DENGAN KESYUKURAN YANG BERPANJANGAN KEPADA YANG MAHA ESA"

Wassalam...

Saturday, 21 November 2015

Fitnah dan Akhir Zaman

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Hmmm.... dah lama tak update post kat blog, biasalah orang baru putus cinta... sebenarnya belum bersatu baru nk cuba tapi gagal... takpalah, nk buat mcmana, redha ajerlah...

Hari ini, bukan nk cerita pasal gagal dalam percintaan, tetapi nk memfokuskan kepada tajuk diatas... Fitnah dan Akhir Zaman...

Apa itu fitnah???
Kisah yang diada2kan... simple bagi aku... majoriti mengetahui tentang fitnah ini... kadang2 aku lihat terlalu banyak khabar yang dibawa, ada yang betul dan ada yang salah malah yg betul itu ditambah dengan secukup rasa untuk menyedapkan khabar tersebut... aku tahu apabila orang bercerita, apabila ayatnya keluar "aku rasalahkan" itu sudah memberi pandangan bahawa orang ini ingin menambah sesuatu khabar atau cerita yang ingin dibawa... apa yang lebih teruk lagi, cerita yang ditambah dengan "aku rasalah kan" ini dibawa dan disebarkan sehingga menjadi satu fakta dan kadang kala menjadi sebati dalam diri pendengar...

Tengoklah kepada senario masyarakat kini... terlalu membawa sesuatu berita tanpa menyelidikinya dahulu... hmmm... lagi2 apabila berkongsi sesuatu khabar... ada yang lebih teruk berkongsi kata2 hadis atau kata2 ulama yg tidak pasti sama ada perkataan itu diucapkannya ataupun tidak...

Sebenarnya aku takut melihat banyak khabar yang diuar2kan di media atau laman sosial... kadang2 khabar itu ada yang palsu, banyak yg ditokok tambah dan sedikit sahaja kebenaran... patutlah akhir kata Rasulullah S.A.W., Berpeganglah kamu dengan Al-Quran dan Sunnahku walaupun terpaksa menggigitnya dengan gigi gerahammu... malah sebelum kedatangan dajjal, aku terbaca dalam sebuah buku, sebelum turunnya dajjal banyak terjadinya fitnah sehingga tidak dapat dibezakan mana yang benar dan mana yang palsu... Wallahualam...

Apakah tindakan kita???
Pada pendapat aku, 
1. Berbalik pada Al-Quran dan Sunnah yang sahih daripada Rasulullah S.A.W... biarlah orang kata kita jumud tidak mengikut arus moden... yang penting kita mengikut arus yang betul
2. Banyakkan menuntut ilmu, berdoa dan menunjukkan akhlak yang baik...
3. jika kita ini kurang arif tentang agama, jgn cuba2 berlagak sombong, merendah diri dan belajar...
4, ambil sesuatu khabar itu, selidiki, bertanya pada yang mahir dalam khabar itu dan menilainya... andaikata palsu dan was2, abaikan sahaja...

Ini adalah pendapat aku, tidak semuanya betul... banyak sangat memikirkannya sehingga diluahkan dalam blog ini... sebarang perkongsian, komen yang positif (alhamdulillah, memberi semangat kepada saya), komen yang negatif (alhamdulillah, kerana membetulkan kesilapan saya, cuma minta izinkan, andaikata berguna mohon share)...

Apapun...

'THINK BEFORE POST OR SHARE, THE POWER OF INTERNET IS STRONG THAT CAN MAKE HUMAN STUPID OR MAKE SUICIDE'

Assalamualaikum.... 

Saturday, 15 March 2014

Aku Cinta Dia

Cinta...
Setiap orang ingin bercinta...
fitrah manusia hidup berpasangan...
aku juga seperti insan lain yang mahukan cinta...
daripada jantina yang berbeza...
aku mencari dan mencari cinta...
namun yang aku temukan hanyalah duka...
aku bertemu dengan seorang gadis...
pendiam dan nampak baik orangnya...
malangnya pada waktu itu...
aku terlalu tua baginya...
pada pandangan pertama...
aku jatuh hati padanya...
aku cuba ingin mendekati dan memikatnya...
malangnya kerana keegoaanku...
aku hanya inginkan dirinya sebagai adik angkatku...
padahal dialah gadis yang sangat aku cintai...
pada suatu hari...
aku cuba menyatakan i love you padanya...
dia diam dan pergi dariku...
tiba2 dua hari kemudian...
dia pinta perpisahan...
aku hanya diam dan menerimanya...
aku menangis dalam doa...
aku lemah semangat dan hilang hala tuju...
aku ingin pinta kepada tuhan percepatkan ajalku...
bermacam cara aku lakukan untuk memikat sidia...
namun aku hampir memalukan dirinya...

Monday, 10 December 2012

KELUARGA


Gambar ahli keluargaku

     Ini adalah gambar ahli keluarga yang terdiri daripada ayah, emak, angah, alang, allahyarham Zulwaqar Bin Ismail dan Mudabbirah Binti Ismail....
sebenarnya, bukan aku ingin menceritakan tentang keluargaku...
aku sebenarnya menceritakan bahawa keluarga itu amat penting dalam hidup kita...
bukan ke kita ada susunan yang patut kita sayang....
pertama kita kena sayang Allah,
kedua kita kena sayang Nabi Muhammad S.A.W.,
ketiga kita kena sayang ahli keluarga kita,
dan barulah yang seterusnya...

Wednesday, 28 November 2012

TAK KISAH

kenapa aku tidak kisah???
adakah sudah berperikemanusiaan dalam diri aku???
namun kali ni bukan berkenaan dengan isu penderitaan manusia atau berita2 di luar sana...
ia berkenaan cara aku menerima tekanan...
memang setiap manusia pasti akan merasai tekanan dalam hidup ini...
bagi diri ku juga...