Assalamualaikum...
Hari ini mula menulis lagi...
Banyak perkara yang berlaku hari ini... namun biarlah perkara itu berlaku... aku menulis kerana aku bosan dan tak tahu nak buat apa walaupun ada banyak perkara yang perlu aku buat...
Takpalah terus kepada main topik...
Pandangan... hmm... sesuatu luahan yang terlintas dalam fikiran kita apabila diminta atau sukarela untuk menyatakan sesuatu kejadian atau perkara yang kita dengar, lihat atau rasai... banyak pandangan yang kita lihat dalam sektor politik, ekonomi dan sosial malah agama juga tidak terlepas dalam pandangan manusia untuk dibahaskan...
Kadang kala penulisan juga merupakan pandangan manusia itu sendiri.. seperti aku yang tengah menulis ini... pandangan juga ada benar dan ada yang salah mengikut situasi dan tahap pemikiran manusia... namun aku fikir atitude pemikiran manusia juga perlu dilihat... yalah, kita lihat kalau yg suka menghukum memang akan menghukum tanpa soal periksa... kesian mereka yang memberi pandangan yang tidak kena pada manusia jenis ini...
Aku melihat dan berfikir tentang kebebasan meluahkan pendapat dan pandangan sesuatu perkara atau isu... aku melihat seringkali apabila mereka yg memberikan pandangan 'salah' di mata umum, mereka sering menegakkan bahawa mereka bebas untuk memberikan pandangan...
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....
Apabila aku melihat senario ini, aku juga kadang kala bersetuju dengan pendapat mereka melihat kepada 'kebebasan bersuara'... namun aku juga pening, perlu ke kebebasan suara itu ditegakkan walaupun pandangan dan pendapat itu memang salah???
Hmmm... nampaknya aku menghukum lagi kenyataan di atas... hahaha... apabila sesuatu isu terjadi, maka banyak pandangan dan pendapat yang dilontarkan... kadang kala aku melihat orang yang bukan mahir pun memberikan pandangan tersebut seolah2 mereka mahir dalam bidang isu itu... hmmm... mungkin 'idea dari langit' kot...
Namun bagi aku, aku melihat pandangan dan pendapat dalam sesuatu isu aku hormati... cuma untuk membenarkannya, aku perlu meneliti dahulu... lagipun kalau aku tak mahir, aku takkan berbahas, aku akan melihat sesorang yang betul2 pakar membetulkan pandangan dan pendapat tersebut... bagi aku sesuatu pendapat atau pandangan tidak perlu dicemuh... sesuatu pandangan dan pendapat tidak perlulah dihukum seperti seorang pesalah, apa yang paling penting betulkanlah kesalahannya dengan berhikmah kerana batu bertemu batu, mana yang kuat akan teguh yang lemah akan hancur, boleh dilempar dengan batu yang lemah tetapi batu yang lemah akan terkorban, biarlah air yang bertemu batu, walaupun air lemah, ia dapat membuat aliran diatas batu untuk memberi laluan pada dirinya...
Penulisan aku juga adalah pandangan aku... mungkin ia betul, mungkin ia juga salah... namun bagi aku, ada luahan yang aku buatkan utk kepuasan aku... sebarang teguran, nasihat atau makian... apa boleh buat hanya ucapan terima kasih dan maaf sahajalah...
Yang penting dalam sebuah pandangan atau pendapat, selalunya melalui pemikiran... andai kata mendapat sebuah pemikiran, jgn diluahkan dahulu... cuba cari kesahihan pemikiran tersebut... sebab, andaikata pemikiran itu betul, bagi aku ia dianggap bernasib baik... andaikata salah, jika diluahkan boleh mendatangkan pembohongan ataupun fitnah...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment