Hmmm.... dah lama tak update post kat blog, biasalah orang baru putus cinta... sebenarnya belum bersatu baru nk cuba tapi gagal... takpalah, nk buat mcmana, redha ajerlah...
Hari ini, bukan nk cerita pasal gagal dalam percintaan, tetapi nk memfokuskan kepada tajuk diatas... Fitnah dan Akhir Zaman...
Apa itu fitnah???
Kisah yang diada2kan... simple bagi aku... majoriti mengetahui tentang fitnah ini... kadang2 aku lihat terlalu banyak khabar yang dibawa, ada yang betul dan ada yang salah malah yg betul itu ditambah dengan secukup rasa untuk menyedapkan khabar tersebut... aku tahu apabila orang bercerita, apabila ayatnya keluar "aku rasalahkan" itu sudah memberi pandangan bahawa orang ini ingin menambah sesuatu khabar atau cerita yang ingin dibawa... apa yang lebih teruk lagi, cerita yang ditambah dengan "aku rasalah kan" ini dibawa dan disebarkan sehingga menjadi satu fakta dan kadang kala menjadi sebati dalam diri pendengar...
Tengoklah kepada senario masyarakat kini... terlalu membawa sesuatu berita tanpa menyelidikinya dahulu... hmmm... lagi2 apabila berkongsi sesuatu khabar... ada yang lebih teruk berkongsi kata2 hadis atau kata2 ulama yg tidak pasti sama ada perkataan itu diucapkannya ataupun tidak...
Sebenarnya aku takut melihat banyak khabar yang diuar2kan di media atau laman sosial... kadang2 khabar itu ada yang palsu, banyak yg ditokok tambah dan sedikit sahaja kebenaran... patutlah akhir kata Rasulullah S.A.W., Berpeganglah kamu dengan Al-Quran dan Sunnahku walaupun terpaksa menggigitnya dengan gigi gerahammu... malah sebelum kedatangan dajjal, aku terbaca dalam sebuah buku, sebelum turunnya dajjal banyak terjadinya fitnah sehingga tidak dapat dibezakan mana yang benar dan mana yang palsu... Wallahualam...
Apakah tindakan kita???
Pada pendapat aku,
1. Berbalik pada Al-Quran dan Sunnah yang sahih daripada Rasulullah S.A.W... biarlah orang kata kita jumud tidak mengikut arus moden... yang penting kita mengikut arus yang betul
2. Banyakkan menuntut ilmu, berdoa dan menunjukkan akhlak yang baik...
3. jika kita ini kurang arif tentang agama, jgn cuba2 berlagak sombong, merendah diri dan belajar...
4, ambil sesuatu khabar itu, selidiki, bertanya pada yang mahir dalam khabar itu dan menilainya... andaikata palsu dan was2, abaikan sahaja...
Ini adalah pendapat aku, tidak semuanya betul... banyak sangat memikirkannya sehingga diluahkan dalam blog ini... sebarang perkongsian, komen yang positif (alhamdulillah, memberi semangat kepada saya), komen yang negatif (alhamdulillah, kerana membetulkan kesilapan saya, cuma minta izinkan, andaikata berguna mohon share)...
Apapun...
'THINK BEFORE POST OR SHARE, THE POWER OF INTERNET IS STRONG THAT CAN MAKE HUMAN STUPID OR MAKE SUICIDE'
Assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment