Thursday, 26 November 2015

Konvokesyen


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah pada hari ini, aku dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains(Matematik) dengan Pendidikan bersama dengan adik aku yang dianugerahkan Diploma Sains(Matematik). Syukur ke hadrat ilahi, akhirnya aku dapat menghabiskan dunia pembelajaran sepanjang 18 tahun... dimana:
1. 1 tahun di tadika Kemas Kampung Kuantan
2. 6 tahun di sekolah rendah SKBK
3. 7 tahun di sekolah menengah SMK KKB
4. 4 tahun di UPSI

Pelbagai kenangan dan dugaan dalam dunia pembelajaran ini. Sebenarnya di dalam dunia pembelajaran ini, bukan tertumpu kepada subjek dan kelas sahaja... banyak perkara yang berlaku, disitulah aku belajar untuk bersosial, dan mendapatkan pengalaman di luar kelas. Alhamdulillah, semua perkara itu menjadi kenangan dalam hidupku.

Melihat keseronokan dan kegembiraan yang terpancar dalam wajah ibu bapa aku, aku rasa sangat bahagia. bagi aku inilah impian mereka untuk aku menghabiskan dunia pembelajaran ini sehingga aku mendapat ijazah... Dahulu mereka juga ada impian untuk memasuki dunia pembelajaran ini, namun disebabkan faktor kewangan, mereka terpaksa melupakan hasrat tersebut... kini hasrat mereka, alhamdulillah dapat ditunaikan oleh anak2 mereka.

Bagi aku, aku rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana dengan izinNya, aku dapat menhabiskan dunia pembelajaran ini... walaupun orang ada berkata, manusia ini masih belajar sehinggalah menghembuskan nafas yang terakhir, namun yang aku maksudkan adalah dunia kelas, rakan dan guru...

Walaupun pada hari konvo ini terdapat insiden yang tidak menarik, namun bagi aku, perkara itu sudah pun berlaku, yang paling penting adalah, perjalanan konvo ini berakhir dengan baik... syukur alhamdulillah...

Selepas tamat konvo ini, aku akan menghadapi dunia pekerjaan, disinilah aku akan mendapat pengalaman, mempraktikkan apa yang aku belajar, menggunakan fikiran kreatif dengan maksima dan membina status diri ini... apapun kegembiraan konvo ini perlu aku nikmati bersama dengan keluarga, saudara mara dan rakan2...

Akhir kalam, Aku ingin mengucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas aturanNya... Terima kasih kepada keluargaku yang banyak memberikan modal fizikal, rohani dan mental kepada diri aku... tidak lupa juga kepada saudar mara, para pengajar dan rakan2 aku yang sanggup bersusah senang bersama diri ini...

"NIKMATILAH KONVO INI DENGAN KESYUKURAN YANG BERPANJANGAN KEPADA YANG MAHA ESA"

Wassalam...

No comments:

Post a Comment